|
Post by buah pukul on May 17, 2010 11:57:32 GMT 8
Gerak Silat Lian adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunnan. Nama asal persilatan ini ialah Lian Yunnan, Buah Pukul Mersing, atau Lian 13. Ia telah mula bertapak di Tanah Melayu dengan dibawa oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Gerak Silat Lian ini dikembangkan di Kuantan, Pahang oleh Nazri Bin Hussin, di mana beliau telah mempelajari silat ini daripada Salleh Bin Mamat yang berasal dari Kampung Ibai, Kuala Terangganu, dan tinggal di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Salleh Bin Mamat telah mempelajari Silat Lian daripada Hassan Bin Salleh di Kampung Mengambang, Telipot, Kuala Terengganu dalam tahun 1950-an. Hassan Bin Salleh pula telah belajar Silat Lian di Kampung Belimbing Juling, Endau, Johor daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1940-an. Nazri Bin Hussin mula belajar silat ini pada tahun 1964 di Kampung Tanjung Api, Kuantan, Pahang. Beliau juga sempat mengambil ketetapan gerak laku Silat Lian daripada Ali Bin Kassim dalam tahun 1986 hingga 1987 Nazri bin Hussin telah di iktiraf sebagai Pembantu Gelanggang (Guru Kake) pada tahun 1965 hingga 1985 sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan Guru Utama. Pusat perkembangan dan pentadbiran silat ini adalah di Kuantan, Pahang. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Disember 1996 dan kenali dengan nama Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia ( PGSLM ). Sila layari www.pgslm.org
|
|