bpfan
New Member
Posts: 5
|
Post by bpfan on Jun 21, 2010 11:39:21 GMT 8
Saya agak terkilan bila tgk beberapa blog buah pukul yg asyik hentam dan aibkan org laen je...tak abis2.... Diaorg ni tak pikir ke dlm internet ni suma org blh baca dan benda tu seolah2 membuka pekung di dada sendiri jugak. Kalu ada masalah dgn org2 tertentu takyah la kecoh2 dlm blog, antar je email kat org tu, tegur cara baik dan berhikmah. Igt dgn hentam2 dalam blog tu boleh selesai masalah ke? Ingat la skit, blm tentu apa yg ditulis tu suma betul dan setiap patah perkataan kita akan dihisab di sana nanti. Senibeladiri adalah untuk kita bersatu, bukan berpecah...
|
|
|
Post by saya on Jul 10, 2010 21:44:22 GMT 8
itulah mende nye, masing2 ingat dia semua tahu..semua yang dia tahu tu betul..org kalau boleh tak mahu tunjuk itu,tunjuk ini..dorg senang lenang bersuara dan membuka rahsia kita dari dulu..dulu nk tahu pemahaman lian ni bukannya mudah, nk kena jumpe guru.. dh jumpe pon belum tentu dpt..skang tak,dorg dh letak kt blog..semua org tahu..
|
|
|
Post by tetamu on Jul 22, 2010 14:58:58 GMT 8
sekarang zaman IT, sebagaimana nenek moyang kita menggunakan teknologi yang ada pd mereka dahulu untuk menyebarkan ilmu dan berita..begitu juga kita.jangan jadi orang batu di tengah kemodenan ini.wadah blog dan seumpamanya perlu digunakan untuk menyebar ilmu,dah banyak guru2 tua yang berkubur bersama ilmu yang dibawanya..sama ada tiada yang sudi mewaris..atau guru sendiri lokek.tiada agungnya sebarang ilmu kalau tidak dimanfaatkan.orang buah pukul macam orang lain juga, kalau ada benda yang salah..kita kena berani bersuara menegakkan kebenaran.bukan jadi bacul berkokok di dahan sendiri. buat saudara guest, tak perlulah nak risau ilmu tu orang dapat ke tak dapat, tak payah kita dengki atau iri hati.dah rezeki dia Allah nak beri.kamu belajarlah apa yang didepan kamu.itu pun tak tentu dapat..kan? buat yang tak tahu hujung pangkal masalah didalam blog buah pukul itu, minta siasat lah dulu. takut silap haribulan kamu sokong mereka yang batil dan munafik. sebab guna pembohongan dan tipu daya.zaman sekarang, dah kurang benda yang orang tak guna untuk kepentingan diri.moga kita diselamatkan dari golongan yang zalim ini.
|
|
bpfan
New Member
Posts: 5
|
Post by bpfan on Jul 26, 2010 17:08:45 GMT 8
Sejak saya terlibat dgn martial art mmg byk saya melihat pertubuhan yg berpecah. Bila pecah, masing2 buat blog utk menegakkan pendirian, last2 seluruh dunia tahu mereka sdg bergaduh.
Yg bestnyer ramai gak blogger dan pelawat atau penyokong mereka yg bila ada sapa2 kritik diaorg dlm ruang komen ke shoutbox ke dlm blog diaorg terus tuduh si polan si polan yg kritik tu...mcm senang betul nak trace siapa yg menulis di alam cyber ni...kumpul IP address la apa la... sebab tu fitnah terus beranak pinak dan seolah tiada kesudahan. Org laen yg kritik tapi org laen lak yg dituduh.
Dlm internet sapa2 boleh jadi sapa2. So saya cadangkan kpd blogger dan penyokong2nya tak kisah la apa aliran tuan2...jgn la mudah menuduh org itu org ini yg buat itu dan ini dlm internet ni semata2 sebab kita tak suka dia. Siasat betul2...dpt bukti yg sahih dulu seblm mengeluarkan fakta.
Saya cuma mengingatkan tuan2 dan diri saya sendiri...kerana alam cyber ni liputannya luas dan setiap tulisan kita ramai yg membacanya dan tanggungjawab kita juga berat bila kita menuduh dan menceritakan aib org lain...apatah lagi jika tuduhan2 itu tidak benar.
|
|
|
Post by liapaduka on Nov 24, 2010 4:08:04 GMT 8
ha ha pasal belacan nak pancung2 heheh
|
|
|
Post by jaksa pendamai on Nov 24, 2010 5:33:22 GMT 8
hehe salam org bp asik begaduh bukan baru2 punya cerita aku dah naik lali dari keci sampai kebeso..masing2 nak tunjuk hebat nak cari yg tulin nak buah baik ...pernah tak kamu semua mengalami satu perasaan dimana kamu takut ingin memukul org..aku sekarang berperasaan begitu mudah sangat rasanya manusia itu..mati sekiranya kamu memahami konsep dan tempat2 itu..takut rasanya hendak bergaduh jadi gunakan ia pada masanya untuk agama bangsa dan negara..ibu segala lian ..lian satu, n jangan lupa cari ibu segala buah....dan yang paling penting,...carilah pokok kepada buah yang cantik itu barulah paham apa itu bp...di mana akarnya dimana dahanya...dimana kita akn kembali...tidak akan bergerak sesutu zarah itu tanpa di izin kan ALLAH ...sesutu yg baharu x tidak boleh membinasakan melainkan dengan izin ALLAH renung2 kan dan fikir2kan ;)
|
|
|
Post by justme on Nov 26, 2010 14:55:14 GMT 8
Banyak yg tuan jaksa pendamai tahu ttg bp...tabik utk tuan. Ada satu persoalan saya yg mungkin ada sesiapa yg tahu jawapannya.... adakah mungkin suatu hari akan muncul seseorang yg boleh mendamaikan pertelingkahan antara pengamal2 bp ini?
|
|
|
Post by liapaduka on Dec 19, 2010 9:45:51 GMT 8
ada kawan ku kita semua kena memainkan peranan x kan muncul seseorang melaikan kita semua
|
|
|
Post by budak hitam on Mar 25, 2011 1:01:48 GMT 8
i like jaksa pendamai..cakap direct (pernah tak kamu semua mengalami satu perasaan dimana kamu takut ingin memukul org..aku sekarang berperasaan begitu mudah sangat rasanya manusia itu..mati sekiranya kamu memahami konsep dan tempat2 itu..takut rasanya hendak bergaduh jadi gunakan ia pada masanya untuk agama bangsa dan negara..ibu segala lian ..lian satu, n jangan lupa cari ibu segala buah)baru betul tahu buah pukul.ayat selebihnyer xpayah citer sbb rahsia.
|
|
|
Post by liapaduka on Apr 3, 2011 8:50:33 GMT 8
kalo budak hitam paham bagus lah ekkek wat per nak gaduh2 ekekek
|
|