Post by panchabayu on May 19, 2010 0:18:32 GMT 8
Mukadimah
Di Daerah Batu Pahat yang terkenal dengan banyak aliran perguruan seni silat seperti Seni Silat Gayung, Seni Silat Jawa Betawi, Seni Silat Sunda, Seni Silat Harimau Berantai, Silat Sendeng dan pelbagai lagi. Dengan keadaan yang banyak berubah tidak terkecuali Silat yang dibawa oleh Pak Haji Raja Ali bin Raja Salleh agak berlainan dari alam persilatan Melayu. Seni Silat ini dikenali denagn panggilan SILAT LIAN. Silat LIAN ini yang berasal dari Kwantung Negeri Cina ini dibawa oleh seorang Pendakwah dan Mahaguru KUNG - FU bernama Syed Abd. Rahman Al'Yunani. Silat ini diilhamkan oleh pengasasnya yang bernama Saidina Samaon Al'Radzi. Setiba di Malaysia Syed Abd. Rahman telah menetap di rumah Anak Dato Beremban di No. 5, Jalan Maharani, Muar pada 5hb Januari 1897. Apabila hendak mula disebarkan Silat Kung - Fu itu ditukar kepada Silat Lian.
Lain-lain panggilan seperti Buah Pukul Mersing, Buah Pukul, Silat Lian Yunan, dan yang terbaru Silat Lian Padukan dan Gerak Lian adalah asal dari Silat Lian yang dibawa oleh Syed Abd. Rahman. Seperti di Kuantan terutama di daerah Tanjung Lumpur dan Sungai Ular, Gerak Lian telah menular dan terkenal di sana. Begitu juga di Kg. Sungai Puteri Rompin dan di sekitar Wilayah Kuala Lumpur yang lebih dikenali dengan panggilan Silat Lian Padukan.
Salah seorang dari murid beliau bernama Arwah Awang Daik merupakan guru Silat Lian yang mengajar askar - askar diistana Sultan Johor serta di ajar kepada kakitangan kerajaan yang berpangkat seperti Mejar Agil , Kolonel Musa serta yang lain-lain nya. Hinggalah tibanya dizaman Pak Haji Raja Ali bin Raja Salleh dan Abdul Rahman bin Abdul Majid alias Pak Atan Air Batu untuk mengajar kepada orang¨Corang awam hingga lah sekarang ini. Walaupun Pak Atan Air Batu sudah uzur namun Silat Lian dapat diteruskan oleh Raja Ali bin Raja Salleh hingga lah pada 17 hb. Ogos 2007 tertubuhnya Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja. Dengan diterajui oleh bapak Subarjo Hj. Sukardi serta Ahli Jawatan kuasa, pengambilan ahli dijalankan dengan sambutan yang menggalakan, pesilat pesilat terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan, Dokter serta peniaga peniaga disekitar pekan Parit Raja dan peringkat sekolah dari berumur 7 tahun sehingga 21 tahun.
Dalam Silat Gayang Lima ini merupakan Seni Silat Pertempuran, Gayang bermakna bergelek, berayun dan Lima merupakan Rukun Islam yang lima. Gabungan buah pukul Mersing, buah Pukul bermakna menetak atau memukul Senjata pada diri kita ada 8 terdiri dari 2 kaki , 2 lutut , 2 siku dan 2 buku lali. Ahli-ahli pesilat baru akan diajar cara melangkah 4 penjuru alam, menetak , memukul dan mengiku dan menendang, Jika dapat menguasai kesemua itu baru diajar Lian 1. Lian 1 jika ingin menguasai memakan masa 1- 3 bulan. Jika pada zaman Sholin di negeri Cina Lian 1 memakan masa setahun untuk memahirkannya, kerana Lian 1 merupakan Ibu Lian.
Sebenarnya Lian 1 itu adalah satu permainan yang hidup. Ia tidak membuka ruang untuk menyerang. Dalam gerak Lian sendiri ada buahnya. ¡° Syarat untuk pesilat pesilat yang baru yang hendak belajar mestilah menyediakan limau nipis dan pengeras RM 15.00 . Untuk dewasa yang berkerja yuran belajar sebulan RM30.00 dan budak sekolah hanya RM15.00 sahaja. " Untuk menguasai Lian 1 hingga Lian 4 memakan masa 6-12 bulan , selepas menguasai Lian 4 baru diajar permaianan Buah. Jika setiap pesilat dapat menamatkan Lian 1 hingga 4 , secara sempurna menjadi bekalan untuk pesilat-pesilat untuk mengadapai musuh dalam apa sahaja situasi.
Sejarah dan perkembangannya ada dan sila rujuk dilaman web seperti berikut
www.garudasakti.com.my/gayang5.htm