wai
New Member
Posts: 3
|
Post by wai on May 18, 2010 13:42:53 GMT 8
Salam persahabatan utk semua pengamal buah pukul... Cuma nak tahu ada tak info kat mana2 ttg Lian Yunan dan Lian Kwangtung ni? Blog ke website ke... sebab setakat ni tak byk maklumat yg diketahui ttg lian2 ni. Mungkin ada yg dpt bantu? T.kasih.
|
|
|
Post by saya on Jul 10, 2010 21:37:17 GMT 8
Salam, lian yunan dan kwantung ni banyak di rompin dan pekan, ada byk perguruan. Tetapi tiada website atau blog, guru mereka juga tidak mahu dikenali kalau boleh.
|
|
wai
New Member
Posts: 3
|
Post by wai on Jul 19, 2010 12:09:07 GMT 8
Byk saudara Saya ni tau ttg aliran Lian... mmmm...menarik... biasanya mana2 perguruan akan berusaha mempromosikan aliran mereka supaya senang berkembang. Tapi berbeza dgn Lian Yunan dan Kwantung ni. Mungkin mereka ada cara mereka sendiri...ataupun pada mereka kualiti lebih penting dari kuantiti? Tapi apapun diharap aliran2 lian ini akan terus berkembang...
|
|
bpfan
New Member
Posts: 5
|
Post by bpfan on Jul 26, 2010 17:13:41 GMT 8
saya pernah jumpa guru yg sebegitu... reputasinya ramai org2 buah pukul kenal... dan beliau adalah antara pengamal dan guru buah pukul yg digeruni tetapi amat low-profile serta tidak suka dikenali. beliau mmg handal tetapi tidak pernah merendah-rendahkan permainan martial art lain....contoh yg baik utk kita yg tak seterer mana ni...hehe..
|
|
|
Post by segerak77 on Oct 8, 2010 15:33:23 GMT 8
silat cekak juga pada pandangan saya dalam kategori 'buah pukul' juga. intepretasinya mudah: sebarang silat yang berdiri @ hampir berdiri lurus ketika menanti serangan, tiada bunga (patterns) dan hanya buah sahaja - itulah aliran buah pukul.
|
|
|
Post by junior 1 on Nov 18, 2010 22:39:11 GMT 8
mungkin ya juga ttp setahu saya silat cekak mengambil pendirian menanti bukan menyerang
|
|
|
Post by ismisirr on Feb 24, 2011 19:27:39 GMT 8
cekak dan aliran buah pukul adalah sangat berbeza. bagai langit dan bumi. buah pukul tiada kunci mengunci, kalu ada pun itu pun hanya terselit. buah pukul adalah pukul dan memukul. berbanding cekak ianya tidak memukul tapi menunggu serangan, pastu kunci. dari segi salasilah pun takde kena-mengena. cekak asal utara, buah pukul asalnya dari selatan.
|
|
|
Post by liapaduka on Apr 3, 2011 9:11:55 GMT 8
aku anak mersing sebelah mak ,n sebelah bapak ,endau,..jadi kebetulan itu dapatlah sedikit sebanyak..amik wat syarat ...atok plak sebelah rompin ...jadi ....kalo aku tengok ayah aku lain ..punya lian ..ekekek mak aku punya lian pun lain atuk aku lagi lah skrg aku dah belajar lian mersing endau....tapi aku nak belajr kuantung ...kat maner boleh dapat ...tak kan lah yg atuk pya x mau amik x adil lah ekekek
|
|
|
Post by segerak77 on Sept 30, 2011 23:27:02 GMT 8
cekak dan aliran buah pukul adalah sangat berbeza. bagai langit dan bumi. buah pukul tiada kunci mengunci, kalu ada pun itu pun hanya terselit. buah pukul adalah pukul dan memukul. berbanding cekak ianya tidak memukul tapi menunggu serangan, pastu kunci. dari segi salasilah pun takde kena-mengena. cekak asal utara, buah pukul asalnya dari selatan. Kalau dilihat dari salasilah, memang titisan asalnya tidak akan diketemu. Dari sudut menyerang atau menanti serangan, juga bebeza. Cuma saya berpandangan dari sudut buahnya, adalah buah-buah pukul. Dari konteks, silat cekak menggunakan 2 tangan dan kaki serta 1 akal yang waras akan membalas serangan tanpa henti (tidak bermalam) sehingga musuh tewas. Jika semasa menyerang balas, serangan disanggah, cekak juga akan memotong atau lapik dalam istilah buah pukul.
|
|
|
Post by ismisirr on Oct 20, 2011 15:15:28 GMT 8
buah pukul menggunakan senjata 8 ( 2 tngn, 2 kaki, 2 lutut dan 2 kaki). Fikiran ahli buah pukul = waras + kdg2 kurang waras Bilangan Buah pukul nya = unlimited tekniknya = tak bermalam, tunggal, seruat, meruat dan lain2 Sifat = offensive bukan defensive Latihan = Lian,jurus, buah pukul, lapis pukul, buah tunggal, gelut Stand = berdiri lurus, kekuda tinggi, kekuda rendah ( tp istilah kekuda kitorang tak pakai pun)
Macamana? Banyak persamaan dengan Cekak ker?
|
|
|
Post by nak tanya on Oct 28, 2011 21:53:37 GMT 8
ada sama tapi x serupa dan serupa tapi tak sama. hampir2 sama seperti cekak ada buah namanya keputusan sendeng. dimana buahnya hampir sama dgn buah pukul mersing ttp ada beza pada tangan dan gerak kaki yg mengambil. kalau buah pukul mersing akan memukul tangan dan menumbuk muka dgn serentak bukan selak tangan dan tepis. buah pukul sentiasa akan mendahului serangan lawan bukan menanti mcm buah2 cekak.cekak cuma ada 1 buah serang shj.
|
|
|
Post by LOTKW on Feb 13, 2012 19:30:14 GMT 8
ada seorang guru yang mengamalkan LIAN YUNAN DAN KWANGTUNG.beliau menetap di KAMPUNG KELAT RENDANG PEKAN PAHANG DARULMAKMAUR.beliau lebih dikenali dikalangan anak2 murid sebagai AYAH DIN.nama sebenar beliau adalah zahuddin,pesara sebagai pemandu di Hospital Pekan.carilah beliau disana.carilah apa makna:gerak kasar gerak halus gerak rasa,gerak dalam gerik,dalam gerak ada gerak.dimana buah dimana pukul.
|
|
|
Post by achik on Mar 31, 2012 23:25:20 GMT 8
salam...
sye x menyangka ada juga yg tahu akan buah Yunan dan kwangtung ni... ingtkan seni buah ni org x tau..slam perkenalan kpd semua aliran lian yunan dan kwangtung
|
|
|
Post by cruelpredator on Aug 27, 2012 14:38:10 GMT 8
LOTKW...Siapakah anda?belajar dari mana & asal dari mana? bagaimana anda mengenali AYAH DIN ?
|
|
|
Post by Abdullah on Apr 1, 2013 23:49:42 GMT 8
Umumnya Ada 3 jenis Lian 1) Lian Yunan 2) lian Kwangtung 3) Lian Kuntau. Ketiga-tiga nya sgt best tapi yg lekat pada aku Lian Kuntau aliran Pak Ngah Logam dr Kg Tjg Batu Pekan. Yg paling popular ialah Lian Yunan atau juga dikenali sebagai Buah Pukul Mersing tapi yg tak bestnya telah di ubahsuai sebagai contoh lian Yunan hy mempunyai 13 lian termasuk 4 lian tekpi tetapi kini lian tekpi terus tak di ajar. Lian kwantung pula dah terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis gelek sebelah dan gelek 2 belah. Jenis gelek sebelah byk diajar di sebelah Sedili dan Endau dan gelek dua belah pula byk diamalkan di sebelah Rompin dan Kuantan, alhamdulillah aku dapat belajar dua2 jenis Lian kwangtung termasuk juga Lian Yunan(asal) dan lian Kuntau. Minat masyarakat terhadap Lian semakin mendapat sambutan namun sukar mencari Seni Lian yg original..aku rasa bertuah kerana dapat gak "mengenal" abdullah_abd.aziz@yahoo.com
|
|